Tips Penjagaan Kereta: Penjagaan Bateri

Tips Penjagaan Kereta: Penjagaan Bateri

Ada di antara kita yang bateri keretanya mampu ber tahan hanya 1 tahun sahaja dan ada yang tidak sampai setahun pun. Juga ada yang boleh menggunakannya sehingga 4 atau 5 tahun tanpa masalah. Sebenarnya banyak faktor yang menyebabkan bateri kereta kita tidak mampu bertahan lama dan sebaliknya.

Bagi bateri yang bukan maintaince free, kita hendaklah sentiasa memerhatikan paras air bateri, kalau kurang tambah.Setiap 2 minggu eloklah kita memeriksa paras air bateri kereta kita.

Manakala bagi bateri yang maintainance free, selepas tamat tempoh jaminan, dlm setahun atau 1/2 tahun, perlu juga kita memeriksa paras air bateri. MAINTAINANCE FREE TIDAK BERMAKSUD SEL KERING!! cuma kadat sejatan airnya kurang.

Tips lain untuk kita menjaga bateri yang boleh kita ongsi bersama.
a. pastikan kepala bateri bersih sentiasa, kalau rosak tukar kepala bateri tu, kadang-kadang charge kereta tidakbaik,akan menjadikan kita susah untuk start ejin disebabkan kepala tembaga yang bermasalah.
b. pastikan wire bateri berada dalam keadaan baik.
c.Pasang volt stablizer, grounding wire seeloknya.
d.Periksa altenator, andainya recharging bateri tidak berjalan denganbaik, bateri kereta kita akan cepat rosak.
e.Seeloknya kurangkanlah penggunaan amplifier, sportlight dan sebagainya.


Tips Penjagaan kereta: Panaskan enjin sebelum memulakan perjalanan

AMALAN hidupkan enjin kereta dan terus jalan adalah tidak baik. Sebaik-baiknya setelah enjin dihidupkan, biarkan dua atau tiga minit sebelum memulakan perjalanan. Ini penting bagi memastikan enjin dalam keadaan panas. Ketika proses pemanasan, minyak pelincir akan dialirkan ke semua bahagian enjin. Jika enjin terus dibebani sebelum dipanaskan, ini bermakna enjin terpaksa bekerja ketika minyak belum sampai ke setiap bahagian yang perlu dilinciri. Dengan itu, setiap bahagian yang bergeseran akan mengalami kehausan akibat geselan yang berat sehingga enjin akan lebih cepat rosak.

Enjin dikira sudah cukup panas apabila jarum suhu air pendingin naik sedikit. Proses pemanasan juga berlaku untuk sistem transmisi serta bahagian lain yang bergerak. Apabila sudah mula memandu, jangan terus memecut. Bergeraklah perlahan untuk beberapa ketika sebelum memecut. Selain itu, enjin kereta juga tidak boleh dibebani secara kasar. Janganlah biarkan enjin bekerja pada sesuatu gear rendah dengan terlalu lama, contohnya gear tiga ketika mendaki bukit. Amalan ‘tarik’ gear rendah yang lama untuk kuasa pecutan juga cara yang tidak sihat untuk kesihatan kereta. Jika dibiarkan dalam keadaan itu terlalu lama, selain daya enjinnya berkurangan, enjin juga akan terlalu panas.

Enjin yang selalu berada dalam keadaan terlalu panas akan cepat rosak. Enjin juga akan bekerja melebihi had maksimum putaran gandar dalam keadaan melahu atau pada waktu pemindahan gear ke posisi yang lebih rendah (contohnya, dari gear tiga ke gear dua) dilakukan pada waktu kenderaan masih bergerak dengan kelajuan tinggi atau ketika kenderaan sedang meluncur di atas jalan yang curam). Jadi, berjaga-jagalah.

Untuk menjaga agar kenderaan dapat digunakan dalam tempoh yang panjang juga, pemandu disarankan jangan selalu melakukan pemecutan, pembrekan dan pembelokan dengan tiba-tiba, kecuali dalam keadaan terdesak. Selain itu, elakkan juga terlalu kerap menggunakan brek di atas jalan yang curam atau pada kelajuan tinggi untuk mengelakkan masalah sekatan wap. Elakkan juga memijak injak cekam apabila tidak diperlukan dan janganlah memindahkan gear secara kasar, tidak kira gear manual atau automatik.

Tips Penjagaan kereta: Enjin mengaum tetapi kenderaan tidak bergerak lancar

Selepas  beberapa tahun menggunakan kereta yang sama, anda mungkin berhadapan dengan situasi bahawa enjin tidak menghasilkan daya pecutan penuh. Keadaan sebegini biasanya mudah dirasai ketika mendaki bukit. Ada ketikanya anda berasa enjin kereta sudah mengaum tetapi kereta tidak meluncur laju. Selain disebabkan kerosakan dan kebocoran ekzos, mungkin ada masalah lain yang perlu diteliti. Malah, dalam keadaan biasa kereta dapat bergerak menaiki bukit dengan menggunakan gear ketiga.

Tetapi, sejak kebelakangan ini pada gear ketiga kereta seolah-olah merangkak dan akhirnya terpaksa menukar kepada gear kedua dengan enjin yang mengaum kuat. Apabila berhadapan dengan masalah ini, antara puncanya ialah kerosakan pada sistem penyalaan, penyaluran petrol kurang tepat, enjin terlalu panas, kerosakan cekam (clutch), brek ketat atau tekanan enjin tidak cukup. Justeru, apabila berhadapan dengan keadaan itu pemeriksaan terhadap sebab-sebab dan pembaikan kecemasan sebegini boleh dilakukan:

Pertama; periksa sama ada saat penyalaan sudah tepat. Ini dilakukan dengan memeriksa palam pencucuh. Apabila nyalaan elektrik yang terjadi terlalu lemah atau tidak teratur, bukalah penutup pengagih dan periksalah suis-suis penutup arus. Kedua; periksa sama ada sistem penyaluran petrol berada dalam keadaan baik. Apabila petrol yang mengalir ke dalam silinder tidak sesuai dengan yang diperlukan (terlalu banyak atau terlalu sedikit) keadaan itu boleh menyebabkan terjadinya campuran petrol dan udara yang kurang sempurna, sehingga keupayaan enjin akan berkurangan. Selain itu, perlu juga periksa sama ada penapis udara tersumbat oleh kotoran.

Masalah enjin tidak menghasilkan daya penuh juga terjadi apabila enjin terlalu panas. Periksa juga adakah cekam rosak atau brek yang bergesel. Adakalanya enjin tidak mengeluarkan daya penuh bukanlah berpunca daripada masalah enjin itu sendiri. Cekam rosak atau brek yang bergesel menyebabkan keupayaan enjin tidak dapat disalurkan dengan baik sehingga menyebabkan gejala yang sama dengan keadaan enjin tidak mengeluarkan daya penuh.

Masalah berkenaan sering menjadi kekeliruan utama kerana setiap kali enjin tidak mengeluarkan daya penuh, tumpuan diberikan kepada mencari masalah enjin, sedangkan dalam banyak keadaan, cekam atau brek yang bergesel menjadi puncanya. Seterusnya, enjin juga tidak mengeluarkan daya penuh apabila mampatan enjin tidak cukup tinggi. Biasanya kerosakan sebegini terjadi kepada enjin yang sudah tua atau gasket kepala selinder bocor. Masalah ini sering terjadi kepada kereta yang menggunakan suntikan terus dan selalu dipandu laju dalam perjalanan jauh. Bagaimanapun, gejala ini kurang menjadi kepada kenderaan yang berjalan kurang daripada 100,000 kilometer

Tips penjagaan kereta: Fungsi minyak pelincir

Minyak pelincir atau biasa juga disebut sebagai minyak hitam (walaupun tidak berwarna hitam) cukup penting bagi membolehkan enjin berfungsi dan kereta boleh bergerak dengan lancar. Ia perlu ditukar pada setiap 5,000 atau 10,000 kilometer mengikut jenis dan grednya. Namun, bagi kereta baru yang kali pertama menukar minyak hitam, ia boleh dilakukan pada 1,000 kilometer pertama seperti yang disyorkan oleh pengeluar dan pengedar. Selain menggerakkan komponen dalam enjin seperti omboh dan bebola besi. Ia juga bertujuan menyejukkan geseran kepada silinder dengan mengasingkan udara panas ke bahagian lain. Penggunaan minyak pelincir juga mengelakkan komponen enjin berkarat selain memendapkan bahan bakar.

Oleh kerana terlalu lama minyak pelincir itu digunakan, ia akan menjadi kotor akibat bahan bakar dalam enjin termasuk percampuran dengan air. Oleh itu, pemilik kenderaan perlulah membaca buku panduan yang disediakan oleh syarikat pengeluar kereta cara menjaga ketahanan enjin kereta. Lazimnya, minyak pelincir ditukar setiap kira-kira 5,000 hingga 8,000 kilometer atau enam bulan atau mana-mana yang terawal bergantung kepada jenis dan model kenderaan anda. Bagaimanapun, sesetengah pemilik kereta lebih gemar menukarkan minyak pelincir sendiri kerana ia mudah dilakukan dengan menggunakan beberapa alat asas seperti pemutar skru dan bekas untuk mengisi minyak pelincir lama. Peralatan lain yang diperlukan ialah jack atau bicu untuk mengangkat bahagian kereta bagi memudahkan anda memutarkan skru pada kotak minyak pelincir.

Adalah lebih baik jika minyak hitam dikeluarkan sehingga titisan terakhir. Anda juga disyorkan supaya mengeluarkan minyak pelincir lama untuk diganti ketika enjin masih panas. Ini kerana pada masa itu, minyak pelincir akan bercampur komponen kekotoran bahan bakar yang perlu dihapuskan ketika minyak pelincir itu disalurkan ke luar. Jika enjin kereta tidak cukup panas ketika anda bercadang menukar minyak pelincir, eloklah dihidupkan enjin itu untuk beberapa minit terlebih dulu. Sementara itu, sekiranya sebelum ini anda sudah menukar minyak pelincir tetapi apabila diperiksa kelihatan kotor, keadaan itu mungkin tidak berpunca daripada minyak.

Keadaan itu mungkin berpunca daripada beberapa faktor terutama bagi enjin yang masih baru atau bahagian enjin yang baru diganti seperti dinding silinder atau omboh. Masalah itu berlaku mungkin akibat proses penyesuaian bahagian terbabit menyebabkan berlaku kehausan sehingga minyak pelincir akan mengandungi serbuk logam. Apabila keadaan itu berlaku, proses penggantian minyak berkenaan terjadi dalam tempoh singkat menyebabkan ia menjadi hitam dan kotor lebih cepat berbanding dalam keadaan biasa.

Jika keadaan itu berlaku anda tidak perlu bimbang dan tukarlah minyak berkenaan bagi melancarkan perjalanan kenderaan anda. Ini kerana minyak pelincir berfungsi bagi membersihkan permukaan dinding silinder daripada oksida, karbon dan kerak yang terjadi hasil pembakaran dalam bahagian berkenaan. Jadi, di samping mencairkan sebarang pemejalan minyak, ia turut membawa kotoran yang ada di dalamnya dan membersihkan bahagian berkenaan. Jadi, apabila sudah kotor, minyak itu perlu diganti baru dengan segera untuk mengelakkan kerosakan pada bahagian enjin.

Anda juga boleh menukar minyak pelincir kenderaan anda dengan datang ke pusat servis kami dengan caj yang sangat berpatutan seperti di alamat berikut.

3143D, Lebuh Rajawali, Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, 30020 Ipoh, Perak.

Anda juga boleh hubungi kami 017-580 9347, 014-252 5283

Tips Penjagaan kereta: Bagaimana bertindak apabila asap ekzos bertukar warna?

KEBIASAANNYA, pengeluaran asap pada ekzos bagi kereta baru tidak perlu dibimbangkan. Tetapi, setelah beberapa tahun menggunakannya, anda tentu bimbang dengan asap ekzos berwarna kelabu dan hitam. Ini menunjukkan ada yang tidak kena pada enjin kereta anda terutama bahagian karburator. Sebenarnya dengan melihat warna daripada asap ekzos, anda dapat meneliti proses pembakaran yang terjadi dalam silinder.

Antara yang patut diberikan perhatian anda adalah dengan menjawab pertanyaan seperti berikut:

Pertama, adakah asap kereta anda tidak berwarna atau sedikit biru. Jika ini berlaku, anda seharusnya lega kerana ia menunjukkan proses pembakaran baik dengan nisbah perbandingan campuran petrol-udara yang tepat. Jika asap berwarna kuning atau coklat, bermakna terlalu sedikit petrol yang masuk (campuran terlalu sedikit).

Bagaimana pula jika asap kereta anda berwarna hitam? Ini bermakna berlaku proses pembakaran yang tidak sempurna telah berlaku kerana terlalu banyak petrol yang masuk. Asap yang keluar berwarna putih atau kebiru-biruan pula bermakna minyak pelincir ikut terbakar. Dalam keadaan sejuk biasanya asap ekzos juga berwarna putih kerana adanya wap air; keadaan seperti ini bagaimanapun biasa terjadi pada setiap enjin.

Dalam keadaan asap ekzos berwarna hitam, ada beberapa kemungkinan yang boleh menyebabkan keadaan itu berlaku termasuk penapis udara tersumbat, injap udara (choke) tertutup dan karburator rosak. Untuk mengatasinya, mula-mula periksa sama ada penapis udara tersumbat. Ketika enjin bergerak, bukalah penapis udara. Jika dengan kaedah itu putaran enjin bertambah tinggi dan asap tidak lagi hitam, maka jelaslah penapis udara kotor. Bersihkan penapis udara itu.

Selain itu periksa sama ada injap udara (choke) tertutup. Jika tertutup atau tidak terbuka penuh ketika enjin sudah panas, ia akan menyebabkan campuran petrol-udara berlebihan. Untuk memeriksa keadaan itu, bukalah penapis udara dan lihatlah karburator dari sebelah atas. Jika choke tidak terbuka penuh, perbaikilah kedudukannya. Asap hitam kerana karburator rosak.

Jika ini terjadi, bawalah kereta anda ke bengkel.

Asap ekzos berwarna putih apabila minyak pelincir terlalu banyak mengalir masuk ke dalam ruang bakar. Ini terjadi kerana omboh, gelang omboh, dinding silinder, injap dan laluan injap rosak. Minyak pelincir juga boleh masuk ke ruang bakar jika gasket di kepala silinder rosak sehingga air dapat masuk ke dalam ruang bakar. Wap air yang terjadi kerana panas akan keluar bersama-sama asap ekzos menyebabkan asap berwarna putih. Namun demikian, biasanya dapat dibezakan antara warna putih wap dan putih akibat minyak pelincir. Wap minyak pelincir berwarna putih dan ia mengeluarkan bau tertentu.

Tips Penjagaan Kereta:Menyejukkan Radiator yang panas dalam perjalanan

RADIATOR adalah antara komponan penting dalam enjin kereta. kerosakan pada radiator boleh menyebabkan enjin panas dan pecutannya kurang baik. Sekiranya keadaan itu berlaku, anda tidak perlu panik sebaliknya berhentikan kenderaan dan cuba lakukan pemeriksaan. Cara ini lebih baik daripada membiarkan enjin kereta anda panas dan mungkin terbakar. Panas pada bahagian enjin berpunca daripada pelbagai faktor termasuk kurang bekalan air dalam radiator, paip radiator tersumbat, kekotoran pada sirip radiator dan kerosakan pada termostat sistem penyejuk.

Selain itu, sistem penyalaan kurang tepat, kerosakan pada sistem saluran petrol, ekzos tersumbat, masalah cekam, brek bergesel dan cara pengendalian kenderaan yang kurang baik turut menyebabkan enjin menjadi panas. Enjin yang terlalu panas boleh mengundang bahaya sekiranya lewat bertindak kerana boleh menyebabkan kenderaan terbakar atau meletup. Apabila enjin terlalu panas, berhentilah di tepi jalan dengan tempat teduh.

Langkah pertama, buka bonet kenderaan untuk menyejukkan enjin sementara waktu dan periksa salah satu daripada punca yang dinyatakan tadi. Periksa radiator kenderaan untuk memastikan tidak berlaku kebocoran di bahagian itu. Selepas itu periksa tali kipas. Sekiranya ada kebocoran pada radiator atau tali kipas terputus, matikan enjin. Jika tiada kebocoran pada radiator dan tali kipas masih elok, hidupkan enjin kenderaan dan jalankannya seketika pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa. Langkah itu adalah untuk membolehkan udara mengalir melalui sirip-sirip radiator dengan jumlah yang banyak. Air dalam radiator itu akan menjadi sejuk dan pam air akan bekerja lebih cepat sehingga air penyejuk dapat dialirkan dengan lebih baik. Tidak lama selepas itu suhu enjin akan menurun.

Kemudian turunkan putaran enjin tadi dan buka penutup radiator. Penutup itu perlu dibuka secara berhati-hati untuk mengelakkan bahaya semburan air dan wap panas yang keluar daripada radiator. Isikan air ke dalam radiator secara perlahan sementara enjin masih dalam keadaan biasa dan matikan enjin sekiranya sudah menjadi sejuk. Sekiranya air terlalu sedikit dalam radiator, ia akan menyebabkan enjin menjadi panas dan wap akan keluar daripada radiator berkenaan. Dalam keadaan itu, matikan enjin dengan segera dan periksa radiator.

Pertamanya, buka tutup radiator dulu dan ketukkannya menggunakan belakang pemutar skru dan putar perlahan menggunakan kain. Pegang tutup dengan kemas sehingga wap dalam radiator dapat mengalir keluar dan tekanan dalam radiator menjadi rendah. Selepas itu barulah penutupnya dilepaskan. Sekiranya, ada kebocoran pada radiator terutama pada bahagian sambungan atau saluran paipnya, hidupkan enjin pada putaran yang lebih tinggi daripada biasa serta periksa tempat sambungan itu.

Keadaan itu penting kerana ada sesetengah kebocoran tidak dapat dilihat pada putaran enjin yang rendah. Sekiranya ada kebocoran, ketatkan skru pengikat dan jika gelung pengikat rosak, gunakan kawat sebagai ganti. Jika ada kebocoran, balut bahagian yang rosak dengan pita pelekat dan perkuatkan dengan kawat. Anda perlu ingat pembaikan itu hanya untuk sementara waktu sebelum kenderaan dibawa ke bengkel berhampiran.

Paip radiator yang tersumbat berpunca daripada kerak atau karat akan mengganggu kitaran air atau menyebabkannya terhenti walaupun ada banyak air. Keadaan itu boleh diketahui dengan memeriksa aliran air pada pili pembuangan. Jika aliran air tidak lancar atau tidak keluar sama sekali, keadaan itu menunjukkan paip radiator tersumbat.

Untuk membaikinya, buka pili air pada blok enjin sehingga air penyejuk dapat dikeluarkan. Buka tutup radiator dan cuci dengan air bersih selama kira-kira sepuluh minit untuk mengeluarkan kerak atau karat itu. Kekotoran pada sirip radiator disebabkan daun kering, serangga atau lumpur yang melekat pada bahagian muka radiator akan menyebabkan aliran udara penyejuk akan terganggu hingga air menjadi panas.

Kekotoran pada permukaan itu boleh dibersihkan dengan menggunakan udara tekanan tinggi atau menyemburnya menggunakan air. Kekeliruan pada langkah pengendalian kenderaan turut menyebabkan enjin kenderaan menjadi panas. Walaupun enjin berada dalam keadaan baik tetapi apabila kenderaan sedang mendaki bukit atau membawa muatan berlebihan, ia boleh menjadi panas. Enjin itu boleh disejukkan kembali dengan cara menghentikan kenderaan anda sebentar, membuka bonet, hidupkan enjin pada putaran tinggi atau isikan radiator dengan air sejuk.

Anda juga boleh membawa kenderaan anda untuk diperiksa dengan caj berpatutan di Pusat servis kami seperti di alamat berikut:

3143D, Lebuh Rajawali, Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, 30020 Ipoh, Perak.

Anda juga boleh hubungi kami 017-580 9347, 014-252 5283

Tips Penjagaan Kereta:Cara mencuci badan, enjin kereta dengan betul

Untuk membersihkan enjin,

1. Jangan menggunakan air kerana pada permukaan enjin ada banyak kesan minyak yang tidak dapat dihilangkan dengan air.

2. Penggunaan air juga boleh menyebabkan litar pintas dan kereta akan meragam. Seelok-eloknya gunakanlah minyak tanah untuk hilangkan minyak dan gris pada permukaan enjin.Tetapi lebih mudah lagi belilah bahan cucian yang dijual di kedai aksesori untuk menghilang gris dan tar. Semburkan bahan berkenaan di tempat yang perlu, biarkan ia meresap kemudian lap dengan kain kering.

3. Gris dan semua sisa minyak pelincir perlu dibersihkan segera daripada bahagian luaran enjin kerana boleh merosakkan. tali kipas, paip getah dan . kabel elektrik.

4. Selain gris, debu atau lumpur yang melekat pada komponen elektrik seperti. alternator (motor penghidup), generator,. gegelung penghidup, pengagih dan lampuboleh menyerap wap air dan boleh menyebabkan litar pintas.

5. Jika terlihat pada  terminal bateri pula jika terlihat ada endapan berwarna putih, siramlah dengan air panas kemudian bersihkan dengan kain. Endapan itu dapat dihilangkan dengan mudah tetapi jaga jangan sampai air masuk ke dalam bateri. Lubang pengudaraan pada penutup bateri juga perlu dipastikan sentiasa terbuka.

6.  Jika ada kebocoran minyak pelincir, iaitu elemen penting bagi menjamin kesinambungan kerja setiap bahagian yang bergerak, anda hendlah mencari segera puncanya dan segera tambahkan minyak pelincir jika ia kurang.

7.Selepas beberapa tahun penggunaan dalam keadaan biasa,, gasket kebuk enjin akan bocor sedikit dan minyak pelincir akan menitis. Ini dapat dilihat pada lantai tempat kereta diletakkan. Jika jumlah titisan itu banyak, mungkin gasket di oil sum yang rosak.Dalam keadaan biasa minyak pelincir akan berkurang menerusi pemeluwapan dan pembakaran. Tapi jumlahnya tidak banyak kira-kira 1/300-1/500 daripada jumlah penggunaan petrol.Jumlah minyak pelincir boleh dipastikan dengan memeriksa tolok sukat.

Anda boleh memeriksa sendiri keranaia sangat mudah. Untuk membersihkan bahagian luar adalah lebih mudah,. Hantar saja ke bengkel mencuci kereta,dalam tempoh setengah jam, kereta anda sudah bersih dan cantik semula.Tetapi anda terpaksa mengeluarkan belanja.

8.Jjika anda mahu membasuh kereta anda sendiri, anda perlu menggunakan sabun yang sesuai untuk pencucian kereta. Sabun basuh dan clorox amat tidak sesuai.Lazimnya, kereta baru dicat dengan cat bermutu tinggi. Jika permukaan itu tidak dibersihkan dengan baik, cat akan cepat rosak.Debu dan lumpur yang melekat pada badan kenderaan akan menyerap wap air dengan cepat dan merosakkan permukaan cat. Selain nampak comot, cat akan luntur dan mudah menjadi retak-retak.Langkah pertama membersihkan kenderaan ialah menghilang debu dengan membuat semburan tanpa menggunakan sabun.Apabila permukaan badan kenderaan berada dalam keadaan kering dan tidak terlalu kotor, debu yang melekat dapat dihilangkan dengan bulu ayam. Tetapi, jika kotoran tidak dapat dihilangkan, gunakan kain bersih basah.Penggunaan kain kering akan menyebabkan calar atau gurisan pada permukaan cat. Ini disebabkan kotoran berkenaan mempunyai butir debu keras dan pasir.Apabila membasuh kenderaan menggunakan sabun, jangan biarkan sabun melekat terlalu lama di badan kenderaan kerana ia akan meningkatkan partikel bintik-bintik putih serta bahan kimia sabun boleh memakan cat.Setelah dibasuh, keringkan badan kereta dengan kain bersih. Untuk hasil yang lebih baik setelah kereta kering sapulah wax (lilin). Selain menambahkan kilat kereta, wax bertindak melindungi permukaan supaya tetap menarik dan hidup. Selamat mencuba. Jumpa lagi.

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.