Tips Penjagaan Kereta:Cara Penjagaan Sistem Brek.

Sistem Brek

Seperti yang kita sedia maklum, bahawa brek sangat penting dalam sebuah kereta. Tanpanya tak mungkin kita berani memandu kereta tersebut sekiranya kita mengetahuinya.

Kepada pemilik kereta yang telah menukar injin kereta mereka kepada injin yang mempunyai “kuasa kuda membrek” atau BHP yang lebih tinggi (lebih 25 bhp ke atas), pastikan anda memeriksa dan menilai kembali sistem brek original yang ada pada kereta anda. Jangan kerana nak jimat, anda abaikan sistem brek anda. Lebih baik sekiranya semasa anda membeli haftcut kereta anda, beli bersama sistem brek kereta tersebut dan pasangkan pada kereta anda. Pernah terjadi kereta kancil yang telah di tukar injin kepada Mira L5 tapi sistem breknya masih original. Dan kebetulan semasa keluar dari bengkel, keadaan kecemasan berlaku dan kereta tersebut tidak dapat berhenti walaupun pemandu mengatakan dia tekan brek sampai berdiri.

Sistem asas brek terdiri dari disk atau drum, pelapik brek (pad brek/brake shoe), saluran minyak, pam vacum(objek besar hitam bulat leper betul-betul di hadapan steering dalam kompamen injin), tabung minyak injin, padel brek (tempat tekan brek). Kesemua peralatan asas yang di atas mestilah dijaga dengan baik supaya brek berkesan.

Kereta Baru

Semasa service pertama, minta mekanik memeriksa kesemua disk dan drum brek termasuk pelapik brek. Pastikan pelapik brek betul betul terapung di antara dua angkup dan disk berada di tengah. Untuk drum, pastikan pelapik brek tidak menyentuh drum atau kesan geseran yang kelihatan adalah sama rata. Jika tidak rata, minta mekanik periksa kerana perkara ini akan menjadi masalah bila ia dibiarkan. Kalau dapat minta mekanik melaraskan pedal brek supaya tidak terlalu ‘makan’ mengejut dan sesuai dengan panjang kaki kita. Sekiranya minyak brek sudah kotor(keruh warnanya), minta mekanik tukar.

Cara Penjagaan Sistem Brek.

1. Setiap sebulan sekali, periksa paras minyak brek kereta anda (botol minyak depan vacum pam). Pastikan minyak berada diparas antara minimum dan maksimum. INGAT! JANGAN SEKALI-KALI MEMANDU SEKIRANYA PARAS MINYAK BREK BERADA DI BAWAH PARAS MINIMUM.

2. Setiap 6 bulan semasa kita hendak rotate tayar kereta kita, periksa pelapik brek. Pastikan lapisan pencengkam masih tebal. Sekira di dapati pencengkam ‘makan’ tidak sama antara kiri dan kanan, minta mekanik periksa sistem saluran minyak brek atau sistem tekanan brek kerana kemungkinanatekana yang dikenakan ke atas kedua-dua brek tidak sama dan ini sangat merbahaya kepada pemanduan terutama membrek semasa kelajuan tinggi. Perkara yang sama juga perlu dilakukan kepada brek drum.

3. Sekiranya terdapat kesan lelehan minyak brek (kelihatan cat tanggal atau apa-apa bahan berasal dari petroleum mencair) pada mana-mana bahagian, minta mekanik memeriksanya. Jangan ambil mudah perkara ini kerana kebocoran ini mungkin keci tapi akan menjadi besar semasa membrek kerana tekanan yang dikenakan ke atasnya.

4. Semasa menambah minyak brek, pastikan minyak brek yang betul spesifikasinya. Dot 3 untuk kegunaan biasa (biasanya kereta yang mempunyai disk di depan dan drum di belakang) dan Dot 4 untuk kegunaan berat (untuk kereta yang mempunyai sistem 4 roda disk dan kereta berkuasa tinggi). Jika tidak pasti tanya mekanik kerana kesilapan minyak brek boleh menyebabkan keseluruhan sistem brek kita akan mengalami kerosakan terutama pada seal yang diperbuat daripada getah.

5. Sekiranya terdapat kesan calar pada disk atau pada drum, minta mekanik menilai samada boleh pakai lagi atau tidak. Jika kita hendak menukar pelapik brek, saya cadangkan asah kembali disk atau tukar drum kepada yang lebih baik. Kesan calar ini boleh menjadi penghalang pelapik brek mencengkam disk atau drum. Hasilnya, brek akan kurang berkesan.

6. Kerosakan yang selalu berlaku adalah brek ‘jam’. Keadaan ini berlaku kerana pelapik brek tidak kembali terapung apabila kita lepaskan brek dan terus mencengkam disk. Kerosakan adalah pada angkup yang mengawal pelapik brek.

7. Untuk kereta auto, pelapik brek hadapan akan lebih cepat haus daripada belakang (biasanya dua kali ganda cepatnya), pastikan anda lebih kerap memeriksa pelapik brek hadapan.

8. Sekiranya anda ingin mengubahsuai sistem brek kereta anda, pastikan anda mendapat kebenaran bertulis daripada JPJ kerana adalah menjadi kesalahan dan syarikat insuran kita akan melindungi anda sekira kemalangan berlaku disebabkan sistem brek dan sistem brek anda telah ditukar tanap kebenaran JPJ.

9. Semasa memandu elakkan kaki daripad sentiasa berada di atas padel brek. Ini dapat menjimatkan penggunaan pelapik brek.

10. Semasa menuruni bukit yang curam, jangan gunakan brek, sebaliknya gunakan brek injin (gear rendah) untuk mengawal kelajuan kereta anda.

11. Sekiranya anda suka memandu laju dan secara aggresive, tukar pelapik brek kereta anda kepada yang lebih tahan panas seperti project U. Pastikan anda menukar juga sistem saluran minyak brek anda kepada saluran bersalut steel. Ini bagi memastikan sistem brek kereta anda dapat berfungsi dalam keadaan tekanan dan suhu dan tinggi dan tindakbalas brek anda akan lebih cepat apabila padel ditekan.

Akhir sekali,  pastikan setiap kali anda hantar kereta anda untuk ditukar minyak enjin, minta mekanik memeriksa juga minyak brek, minyak gear box, pelapik brek, lampu brek ketiga, aras padel brek dan clucth, tekanan angin tayar, alignment tayar, spark plug, penapis angin, penapis petrol dan sebagainya. Jangan cuma tukar minyak hitam saja kerana peralatan lain perlu juga selalu diperiksa. Jangan tertipu dengan mekanik yang cuma menukar minyak hitam dan penapis minyak hitam apabila kita menghantar kereta untuk di service dan kita dikenakan bayaran yang tinggi untuk upahnya.

Jika anda tingal di sekitar Ipoh,   anda bolehlah datang ke     Pusat Servis     kami untuk memeriksa, servis  dan membaikpulih kereta anda di alamat seperti berikut:

3143D, Lebuh Rajawali, Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, 30020 Ipoh, Perak.

Anda juga boleh hubungi kami 017-580 9347, 014-252 5283

Tips Keselamatan Pemanduan: Pakailah Tali Pinggang Keledar!

Adakah anda memakai tali pinggang keledar setiap kali anda memasuki kereta? Jika tidak, tahukah anda bahawa tali pinggang keledar boleh menyelamatkan nyawa anda jika berlaku kemalangan jalan raya?

Anda sedang memandu mengikut hadlaju yang ditetapkan. Tiba-tiba sebuah kereta dari arah bertentangan terbabas dan merempuh kereta anda. Jika anda memakai tali pinggang keledar, bahagian badan yang paling kuat ketahanan seperti peha, bahu dan dada akan dapat menyerap tekanan rempuhan tersebut.

Jika anda tidak memakai tali pinggang keledar, anda mungkin akan tercampak ke hadapan ke arah roda kemudi, papan pemuka atau cermin depan kereta. Paling malang jika anda tercampak keluar dari kereta yang boleh mengakibatkan kecederaan yang parah atau kemalangan jiwa.

Jika anda masih lagi berfikir dua kali untuk memakai tali pinggang keledar, cuba renungkan fakta-fakta berikut:

  • Kebarangkalian untuk mendapat kecedaraan parah adalah dua puluh lima kali lebih tinggi jika anda tercampak keluar dari kereta anda daripada terikat di kerusi kereta.
  • Pemandu atau penumpang kereta yang memakai tali pinggang keledar mempunyai kelebihan 50% daripada mengalami sebarang kecederaan parah di dalam kemalangan jalan raya.
  • Dengan memakai tali pinggang keledar, anda boleh mengeluarkan diri dari kereta untuk meminta bantuan dan menolong penumpang lain keluar dari kereta dengan selamat.
  • Ribuan mangsa yang terkorban dalam kemalangan jalan raya mungkin dapat diselamatkan jika mereka memakai tali pinggang keledar.
  • Memakai tali pinggang keledar adalah salah satu undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi. Anda boleh didenda jika didapati melanggar undang-undang tersebut.


    Beringatlah, memakai tali pinggang keledar hanya mengambil beberapa saat daripada masa anda tetapi ia dapat menyelamatkan nyawa dengan izin Allah Taala.

    Tips Keselamatan Pemanduan: Kit Kecemasan yang perlu ada dalam kereta anda

    Setiap pemilik kereta sepatutnya menpunyai satu kit kecemasan di dalam kereta mereka tidak kira samda perjalanan dekat atau jauh. Kit kecemasan ini amat berguna di waktu kemalangan atau kerosakan kereta berlaku.

    Apakah yang perlu ada di dalam kit kecemasan? Bayangkan … anda dalam perjalanan melalui sebuah lebuhraya yang anda tidak biasa dan kereta anda rosak di tengah-tengah jalan. Apakah yang anda perlukan?

    Bekalan air minuman dan wuduk (sekurang-kurangnya 1 liter)
    Kit rawatan kecemasan dan buku panduan
    Pemadam api
    Lampu suluh (Serta bekalan bateri)
    Alatan kecemasan kereta – kabel pelompat, pemutar skrew, playar, gunting dan lain-lain.
    Kun tiga segi yang berkilau
    Bahan pendingin enjin
    Payung/Baju Hujan
    Kertas tisu
    Pelekat
    Mancis
    Kompas
    Peta
    Sepasang selipar
    Kain selimut dan sejadah untuk solat.
    Bekas kosong (sebagai bekas petrol sekiranya anda kehabisan petrol)

    Jangan lupa, tentukan anda juga membawa telefon genggam yang penuh baterinya sebelum bertolak. Ia amat berguna pada waktu kecemasan untuk kita memohon bantuan.

    Seperti kata pepatah, sediakan payung sebelum hujan, kit kecemasan ini amat berguna di waktu kecemasan.

    Tips Penjagaan Kereta: Hidupkan kereta dengan menolaknya

    Menolak adalah salah satu cara untuk menghidupkan enjin kereta yang mempunyai bateri yang lemah atau motor enjin yang tidak berfungsi dengan baik.

    Cara ini selalunya dilakukan ketika kecemasan di mana bantuan susah didapati. Walaubagaimana pun, hanya kereta yang mempunyai anjakan transmisi manual boleh dihidupkan dengan cara ini, dan tidak sekali-kali untuk transmisi automatik.

    Peringatan:

    - Tidak semua pengeluar kereta menyarankan pemandu menggunakan cara ini untuk menolak hidup enjin kereta mereka. Sila periksa manual pemandu anda.
    - Walaupun kereta boleh ditolak seorang diri lebih-lebih lagi jika ia diletakkan di tempat yang curam, anda dinasihatkan supaya meminta bantuan dari orang lain.

    Langkah-langkah:

    Pastikan yang punca masalah bukanlah bateri atau penghidup enjin.
    Sentiasa pastikan ada sekurang-kurangnya seorang berada di kerusi pemandu dan seorang lagi menolak kereta. Kereta bersaiz sederhana dan besar memerlukan dua atau tiga orang untuk menolaknya bergantung kepada kekuatan tenaga dan lokasi kereta diletakkan.
    Padamkan semua assessori seperti radio, pengelap dan lain-lain.
    Putarkan kunci ke arah posisi “on”.
    Tekan injak cekam dengan kaki.
    Letakkan transmisi di gear satu atau dua.
    Lepaskan brek tangan dan brek kaki.
    Kereta perlu ditolak sepantas yang boleh. Dengan itu, menolak turun bukit atau curam amat digalakkkan.
    Lepaskan injak cekam dan tekan sedikit petrol apabila kereta ditolak dengan laju. Enjin sepatutnya boleh dihidupkan begini.

    Tips Penjagaan kereta:Mula Lompat Bateri Yang Ternyahcas

    Setiap pemandu pasti akan mengalami situasi di mana mereka perlu memula lompat enjin kereta yang mati di pertengahan perjalanan. Proses memula lompat memerlukan kereta kedua yang mempunyai bateri yang baik sebagai bateri penggalak serta sepasang kabel pelompat yang elok.

    Berikut adalah langkah-langkah yang perlu anda lakukan untuk memula lompat bateri ternyahcas:

    1. Letakkan kereta kedua rapat dengan kereta anda supaya kabel pelompat boleh dilekatkan kepada bateri di kedua-dua kereta. Walaupun bagaimanapun, pastikan kedua kereta tidak bersentuhan.
    2. Pastikan semua suis seperti lampu, radio, pengelip, pengelap kedua-dua kereta telah dipadamkan.
    3. Buka penggalak dan lekatkan kabel pelompat bewarna merah kepada terminal positif bateri bertanda “+”. Kemudian lekatkan kabel pelompat merah yang lagi satu kepada terminal positif bateri ternyahcas.
    4. Pastikan penggalak kabel pelompat tidak bersentuh antara satu sama lain semasa enjin kedua-dua kereta dihidupkan.
    5. Buka penggalak kabel pelompat berwarna hitam dan lekatkan kepada terminal negatif bateri, bertanda “-” di bateri penggalak.
    6. Lekatkan hujung kabel penggalak negatif kepada bateri penggalak atau pengecas bateri yang ternyahcas. Pastikan kabel penggalak negatif jauh dari bateri. Jangan sambungkan kabel penggalak negatif kepada terminal negatif bateri yang ternyahcas.
    7. Hidupkan enjin kereta mempunyai batteri penggalak selama beberapa minit sebelum cuba menghidupkan enjin kereta bateri ternyahcas.
    8. Hidupkan enjin kereta ternyahcas dan tanggalkan semua kabel dengan berhati-hati. Putuskan sambungan kabel secara terbalik, iaitu kabel negatif dahulu diikuti dengan kabel positif.
    9. Biarkan enjin kereta yang baru digalak hidup selama beberapa minit sebelum anda menyambung semula perjalanan.

    Tips Penjagaan Kereta: Lindungi enjin kereta anda daripada menjadi terlalu panas

    Perkara terakhir yang anda ingin melihat ketika memandu ialah pengelip amaran kereta mengelip-gelip atau kepulan stim keluar dari dalam hud kereta. Pemanasan lebih enjin sering berlaku terutama sekali di dalam kesesakan lalulintas yang boleh menyebabkan kerosakkan enjin yang teruk.

    Pemanasan lebih enjin terjadi akibat ketidakupayaan sistem pendingin untuk menyerap, memindah dan menghilangkan haba. Ini disebabkan oleh aras bahan pendingin enjin yang rendah, kebocoran bahan pendingin enjin di dalam atau di luar, kerosakkan tolok suhu air, radiator tersumbat, kipas pendingin tidak berfungsi, tali sawat pemacu pam air gagal berfungsi ataupun pam air yang longgar ataupun kerosakkan tukup radiator.

    Menggunakan penghawa dingin kereta di tahap maksima ketika terperangkap di dalam kesesakan lalulintas dalam musim panas juga boleh menyebabkan pemanasan lebih enjin

    Untuk mengelakkan pemansan lebih enjin, periksalah aras bahan pendingin enjin selalu. Sebaiknya ia berada sekurang-kurangnya di tanda minima di dalam tangki simpanan. Tambahkan cecair bahan pendingin enjin hingga mencecah tanda maksima jika ia kurang. Jangan sekali-kali membuka tukup radiator dan tukup tangki simpanan ketika enjin masih panas. Jika anda mendapati terdapat kebocoran bahan pendingin enjin, baikilah ia secepat mungkin kerana ia boleh menyebabkan enjin terlebih panas.

    Di samping itu, jika anda mendapati tokok suhu enjin meningkat lebih tinggi dari selalu, periksalah enjin kereta dengan cepat. Pastikan radiator tidak dihalang oleh kotoran atau sampah. Jika bahan pendingin enjin tidak mencukupi atau sistem berkarat, kemungkinan besar radiator akan telah tersumbat di dalam.

    Kipas pendingin juga perlu diperiksa selalu. Pastikan kipas tersebut berfungsi dengan baik apabila enjin menjadi panas dan penghawa dingin digunakan. Jika tidak, motor kipas mungkin telah rosak dan perlu diganti.

    Kepada anda yang berminat untuk servis dan membaikpulih kenderaan anda, sila kunjungi Pusat Service kami di alamat:

    3143D, Lebuh Rajawali, Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, 30020 Ipoh, Perak.

    Anda juga boleh menghubungi kami di talian 017-580 9347, 014-252 5283

    Tips Penjagaan Kereta: Mengenali Komponen-komponen Hud

    Pemeriksaan komponen-komponen di bawah hud kereta adalah di antara pemeriksaan-pemeriksaan penting yang patut anda lakukan sekerap mungkin ke atas kereta anda.

    Pemeriksaan Bateri

    Antara penyelenggaraan asas bateri ialah pemeriksaan dan pembersihan keadaan bateri apabila diperlukan. Tanggalkan tukup sel dengan berhati-hati untuk memeriksa aras elektrolit di dalam sel.

    Aras elektrolit sepatutnya berada di antara had atas dan bawah iaitu kira-kira ¾ inci dari had atas. Jika arasnya rendah, tambahkan air suling atau air paip dengan perlahan-lahan dan berhati-hati sehigga sampai ke aras yang dikehendaki.

    Pastikan juga pengapit melekat dengan kemas dan periksa sama ada terdapat rekahan atau hakisan pada bahagian yang bersalut logam pada bateri. Jika terdapat bahagian yang kotor, bersihkanlah dengan segera.

    Minyak Enjin

    Pemeriksaan aras minyak enjin paling baik dilakukan sebelum enjin dimulakan. Tarik keluar batang celup dengan perlahan dan bersihkan dengan kain yang bersih sebelum memasukkannya semula ke seberapa dalam yang boleh. Kemudian tarik semula perlahan-lahan dan periksa aras minyak enjin. Aras minyak enjin sepatutnya berada pada aras di antara tanda minima dan maksima pada batang celup. Jika ia berada di bawah aras minima, tambahkan minyak enjin dengan segera.

    Untuk mendapatkan prestasi maksima, tukarlah minyak enjin setiap 5,000 km atau setiap tiga bulan, yang mana dahulu. Tukarlah turas minyak setiap kali menukar minyak enjin.

    Cecair Transmisi

    Cara memeriksa cecair transmisi adalah sama dengan cara memeriksa minyak enjin. Tarik batang celup dengan perlahan dan periksa aras cecair. Batang celup transmisi selalunya bertanda otomatik cecair transmisi atau TRANS atau ATF. Manakala cecair transmisi selalunya berwarna merah cerah atau emas.

    Anda dinasihatkan supaya memeriksa cecair transmisi semasa cecair itu masih panas iaitu selepas memandu sekurang-kurangnya 15 km.

    Bahan Pendingin Enjin

    Enjin mudah menjadi panas di dalam apa jua cuaca dan bahan pendingin enjin berfungsi untuk mengawal enjin daripada terlalu panas. Untuk mengawal suhu enjin, periksalah bahan pendingin enjin di dalam radiator setiap kali anda memeriksa minyak enjin.

    Sama seperti pemeriksaan minyak enjin, anda dinasihatkan supaya memeriksa bahan pendingin enjin setiap 5,000 km. Pastikan yang enjin telah sejuk sepenuhnya dan tanggalkan tukup radiator untuk menambah bahan pendingin enjin.

    Turas Udara

    Walaupun bergerak dengan halaju yang rendah, enjin kereta masih menyedut kandungan udara yang tinggi. Udara yang disedut mengandungi habuk-habuk kasar yang boleh menganggu kelancaran enjin.

    Turas udara berfungsi untuk memerangkap habuk-habuk kasar ini sebelum mereka memasuki enjin kereta. Oleh itu, anda perlulah memeriksa turas udara setiap bulan supaya ia tidak tersumbat.

    Tali Sawat Pemacu

    Tali sawat pemacu perlulah diperiksa selalu (sekali sebulan). Jika ia kelihatan haus, nipis atau merekah, tukarlah kepada yang baru kerana kebanyakan assessori seperti pengulang alik, takal pam kipas dan takal pam bahan pendingin enjin dijana oleh tali sawat pemacu. Jika ia rosak, komponen-komponen ini tidak boleh berfungsi.

    Air Pencuci Cermin Depan

    Pastikan anda mempunyai bekalan air yang cukup di dalam tangki air pencuci dermin depan. Pemanduan yang selamat sentiasa memerlukan penglihatan yang jelas terutama di dalam hujan.

    Pembaikan

    Langkah-langkah pembaikan enjin termasuklah memeriksa semua turas, menganti atau menambah semua cecair, membersih atau menganti palam pencucuh, memeriksa atau menganti wayar, memeriksa atau menganti penggalak brek dan membersih bekas bateri. Bersihkanlah komponen-komponen ini sekurang-kurangnya sekali setahun.

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.