Tips Penjagaan Kereta: Mengelak kerosakan kereta dalam perjalanan

SEMUA pemandu kenderaan mahukan perjalanan yang selesa, selamat dan cepat. Namun, kerosakan ketika dalam perjalanan memang tidak dapat dielakkan.

Bagaimanapun, pemeriksaan yang sempurna dan berkala boleh membantu mengurangkan risiko kerosakan di jalan raya.

Kita boleh menjadikan beberapa tip pemanduan ini sebagai panduan supaya perjalanan menjadi lebih ceria, selamat dan sempurna.

a. Periksa kenderaan secara berkala bagi memastikan jentera berada dalam keadaan terbaik. Sebaiknya ikutilah jadual penyelenggaraan yang disarankan pengeluar seperti tempoh penukaran minyak enjin, brek, cecair stereng kuasa dan bendalir transmisi automatik. Juga diingatkan supaya memeriksa tahap air radiator setiap masa.
b. Melakukan penalaan (engine tuning) terhadap enjin kereta bagi penggunaan bahan api lebih konsisten.
c. Periksa semua tali sawat (TIMING BELT) sama ada terdapat rekahan dan ganti sekiranya perlu.
d. Periksa tekanan angin tayar termasuk tayar gantian. Tekanan angin tayar yang betul boleh menjimatkan penggunaan bahan api.
e.Sensitif dengan sebarang bau pelik daripada enjin seperti hangit atau petrol.
f. Pastikan kenderaan dihantar ke pusat servis bertauliah supaya sebarang masalah mendatang boleh dirujuk kepada proses penyelenggaraan terdahulu.
g. Pandu menggunakan gear tertinggi apabila melalui lebuh raya kerana paling rendah kedudukan gear bermakna penggunaan bahan api semakin tinggi.
h.Jangan memecut atau memberhentikan kenderaan secara terburu-buru kerana boleh menyebabkan enjin terpaksa menggunakan bahan api lebih banyak.
i. Berkongsi kereta.
j.Jangan membuka tingkap terlalu luas ketika memandu dengan kelajuan tinggi kerana akan menyebabkan penggunaan bahan api lebih cepat.
k.Jangan menghidupkan enjin sekiranya berhenti dalam tempoh masa lama.
l.Rancang perjalanan dan elakkan memandu ketika waktu puncak.
m.Anda juga boleh membawa kenderaan anda ke Pusat Servis kami untuk diperiksa dengan lebih teliti dan dapat memuaskan hati anda. Sila berkunjung ke

3143D, Lebuh Rajawali, Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, 30020 Ipoh, Perak.
Anda juga boleh hubungi kami 017-580 9347, 014-252 5283

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: