Tips Penjagaan Kereta: Menukar Minyak Enjin

Memeriksa dan menukar minyak enjin selalu adalah di antara cara untuk menjaga enjin kereta supaya dapat bertahan lama. Ini adalah kerana kebocoran enjin memerlukan kerja pembaikan yang mahal dan kadangkala memerlukan enjin yang baru.

Enjin kereta dihasilkan untuk memenuhi keperluan pembuat kereta. Oleh itu, ianya perlu ditukar mengikut cadangan mereka.

Mengikut teori, cara yang paling baik untuk menukar enjin kereta bergantung kepada beberapa fakta seperti jenis pemanduan, penggunaan enjin dan kualiti petrol yang digunakan. Selalunya jarak perjalanan kereta tidak begitu penting. Malangnya jarak purata waktu penghabisan minyak hanyalah berdasarkan jenis pemanduan. Jika keadaan pemanduan bertambah teruk, minyak enjin perlulah ditukar sekerap mungkin untuk mengekalkan perlindungan maksima dan kebersihan enjin.

Alatan yang diperlukan:
Minyak enjin
Kain bersih
Bicu
Takung pengering minyak
Corong
Peringatan:
Sentiasa mematikan enjin kereta sebelum memeriksa atau menukar minyak enjin
Berhati-hati jika enjin masih panas
Pegang bekas minyak enjin terpakai dengan hati-hati
Periksa aras minyak sebelum menghidupkan enjin kerana minyak yang sedikit boleh merosakkan enjin

Cara untuk menukar minyak enjin:

Hidupkan enjin selama 10 minit sebelum membuang minyak enjin terpakai. Minyak yang panas lebih senang dibersihkan daripada minyak yang sejuk
Letakkan kereta di permukaan yang rata dan matikan enjin
Jika kereta anda rendah, tinggikan sedikit dengan menggunakan bicu dan sokongnya dengan stabil
Buka hud kereta
Masuk ke bawah kereta apabila ia sudah disokong dengan kuat
Kenalpasti lokasi takung pengering minyak di bahagian bawah enjin
Longgarkan palam salir dengan menggunakan perengkuh dan letakkan takung pengering minyak di bawahnya
Tanggalkan palam salir dengan tangan untuk mengalirkan minyak panas.
Salirkan minyak ke dalam taking pengering minyak
Pasangkan semula palam salir.
Ketatkan ia menggunakan perengkuh tetapi jangan terlalu ketat
Tanggalkan tukup pengisi minyak
Letakkan corong di permukaannya dan masukkan minyak baru
Tutupkan pengisi minyak apabila penuh
Hidupkan enjin dan periksa batang celup. Tambahkan minyak jika perlu

Anda juga boleh kunjungi Pusat Servis kami untuk menukar minyak enjin kenderaan anda di alamat:

3143D, Lebuh Rajawali, Kg Dato’ Ahmad Said Tambahan 2, 30020 Ipoh, Perak.

Sila hubungi kami 017-580 9347, 014-252 5283

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: